Tuesday, May 19, 2009

.: Peperiksaan Semester Pertama Bermula :.

Bermula 19 Mei 2009 hingga 25 Mei 2009, pelatih-pelatih Pusat Latihan Dakwah Kudat akan menjalani peperiksaan semester pertama bagi sesi 2009. Peperiksaan ini akan menentukan sejauh mana keberkesanan pegajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Pihak pensyarah mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan dan semoga anda semua berjaya.

Thursday, May 14, 2009

.:Liga Sukan JAKIM Sabah:.

JAKIM Cawangan Sabah telah menganjurkan Liga Sukan Antara Badan-Badan Islam dan NGO Peringkat Negeri Savah yang akan bermula pada 16-17 Mei 2009. Liga Sukan akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru iaitu YB Mejar (B) Dato' Jamil Khir Bin Baharom Pada 17 Mei 2009 bertempat di Kompleks Sukan Likas.
Pusat Latihan Dakwah Kudat tidak ketinggalan menghantar peserta untuk mewakili JAKIM Sabah dalam pertandingan yang akan diadakan. Antara kakitangan PLD Kudat yang terlibat ialah :
  1. Us. Fadhli Bin Ahmat (Bola Sepak)
  2. Ustazah Safarini Binti Joney (Bola Jaring)
  3. Ustazah Lianah Binti Sudin
  4. Cik Puad Binti Jeragan
  5. Cik Sarbanun
  6. En. Sadinol Bin Gorontok @ Abg Pudin

Semoga wakil dari Pusat Latihan Dakwah Kudat dapat membantu JAKIM Sabah memenangi acara yang dipertandingkan.

Sunday, May 10, 2009

.:Festival Kesenian Islam:.


Pada 9 Mei 2009, Pusat Latihan Dakwah Kudat telah menghantar pasukan Nasyid dan juga Kompang bagi mewakili Daerah Kudat dan juga Daerah Kecil Matunggong sempena Festival Kesenian Islam Peringkat Pantai Barat Utara (PBU) di Kota Belud. Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman yang merupakan Ahli Parlimen Kota Belud. Dalam pertandingan tersebut, pasukan dari Pusat Latihan Dakwah Kudat telah memenangi Naib Juara bagi Pertandingan Kompang Tradisi, dan tempat ketiga bagi kategori Nasyid Tradisi. Tahniah dan Syabas kepada semua peserta, penyokong dan pensyarah yang telah memberi sokongan dan kerjasama semasa festival tersebut.

.:Takziah Buat Pengetua:.

Assalamualaikum.. Pihak kakitangan dan pensyarah Pusat Latihan Dakwah Kudat merakamkan ucapan takziah buat Pengetua, Tn Hj. Abdul Roni Bin Hj. Tahir di atas kematian ibu mertua beliau pada hari Jumaat 8 Mei 2009. Semoga Allah memberkati roh ibu mertua beliau. Al-Fatihah.

Monday, May 4, 2009

.:Aktiviti Unit Dakwah & Kepimpinan Februari-April:.

Sambutan Maulidurrasul Peringkat PLD Kudat 2009

Dirasmikan oleh Pengetua PLD Kudat
Tn. Hj. Abdul Roni Bin Hj. Tahir

Sepanjang bulan Februari - April, Unit Dakwah & Kepimpinan Pusat Latihan Dakwah Kudat telah mengadakan beberapa aktiviti melibatkan pelatih, kakitangan dan pelatih. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
  1. Ziarah Ketua Kampung - Kg. Korina, Kg. Andap Jawa. (Februari)
  2. Sambutan Maulidurrasul Peringkat Pusat Latihan Dakwah Kudat - Sasaran : Kakitangan dan pelatih. (16 Mac 2009)
  3. Sambutan Maulidurrasul Dan Festival Basyid Peringkat Daerah Kudat - Sasaran : Kakitangan,pelatih PLDK dan masyarakat awam. (28 Mac 2009)

  4. Program Menuai Padi(Gotong-royong) - Sasaran : Kakitangan,pelatih PLDK dan masyarakat awam. (4 April 2009)
  5. Seminar Pemantapan Akidah -Kakitangan dan pelatih. (21 April 2009)

Sunday, May 3, 2009

Gambar Sekitar PLDK

Dewan Serbaguna PLD Kudat


Surau Pusat Latihan Dakwah Kudat



Bangunan Utama Pusat Latihan Dakwah Kudat
yang menempatkan pejabat, pusat sumber dan bilik Kakitangan/Pensyarah




















Template by:
Free Blog Templates