
Pada 9 Mei 2009, Pusat Latihan Dakwah Kudat telah menghantar pasukan Nasyid dan juga Kompang bagi mewakili Daerah Kudat dan juga Daerah Kecil Matunggong sempena Festival Kesenian Islam Peringkat Pantai Barat Utara (PBU) di Kota Belud. Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman yang merupakan Ahli Parlimen Kota Belud. Dalam pertandingan tersebut, pasukan dari Pusat Latihan Dakwah Kudat telah memenangi Naib Juara bagi Pertandingan Kompang Tradisi, dan tempat ketiga bagi kategori Nasyid Tradisi. Tahniah dan Syabas kepada semua peserta, penyokong dan pensyarah yang telah memberi sokongan dan kerjasama semasa festival tersebut.
0 comments:
Post a Comment