Monday, September 7, 2009

Seminar Wanita Hadhari Daerah Kudat

Pada 28 Julai 2009, Pusat Latihan Dakwah Kudat dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Kudat telah berjaya menganjurkan seminar Wanita Hadhari Peringkat Daerah Kudat. Seramai 125 orang peserta adalah kaum wanita yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, persatuan-persatuan wanita dan juga masyarakat awam sekitar Daerah Kudat.

Program ini telah dirasmikan oleh Datin Aminah Ambrose, Ketua Wanita UMNO Bahagian Kudat. Pengetua Pusat Latihan Dakwah Kudat, Hj. Abdul Roni Bin Hj. Tahir dan Timbalan Pengerusi PUSPANITA Daerah Kudat, Puan Afsah Binti Yassin turut sama menghadiri majlis perasmian Seminar Wanita Hadhari yang julung kali diadakan di Daerah Kudat.

Para peserta telah mengikuti dua slot pembentangan kertas kerja iaitu ‘Wanita : Antara Keluarga Dan Kerjaya’ yang disampaikan oleh Ustazah Maria Hasibuan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kota Kinabalu . Manakala kertas kerja yang kedua bertajuk j ‘Wanita Dan Kesihatan’ telah disampaikan oleh Puan Suzanna Binti Piny dari LPPKN K.Kinabalu.








0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates